Rabu, 31 Agustus 2016

Pantun Melayu



Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

 Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya



Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh



Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya

Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal

Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan

Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum


Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang


Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana

Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang


Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa


Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga


Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya


Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula


Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak


Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang


Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya


Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih


Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan

Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan

Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang

Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas

Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan


Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang


Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung

Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis

Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati


Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga


Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang


Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya


Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh


Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari


Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau

lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut

anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati

burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi

batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari


daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih


Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati


Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang


Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung


Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang

Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi

Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak

Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi

  Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu



Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari

Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu

Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang

Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu

Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi



Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan

Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?

Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh

Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu

Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri

Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan



Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu

Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan

Suara Jiwa
(Karya kreatif 23 Oktober 1999)

Dayung sampan di tasik Chini,
Dalam sampan buah mengkudu,
Apa nasib jadi begini,
Hidup segan mati tak mahu.

Masuk hutan mencari kayu,
Lalu terjumpa ular senduk,
Nasib hidup tidak menentu,
Bagai telur di hujung tanduk.

Hari tak panas cuaca pun redup,
Budak main di tepi bendang,
Sudah begitu suratan hidup,
Kami melukut di tepi gantang.

Hujan turun di waktu pagi,
Pergi pasar memakai payung,
Duduk termenung sepanjang hari,
Makan hati berulam jantung.
Masuk istana mengadap raja,
Raja masyhur raja Melaka,
Hati sedih duka nestapa,
Menanti bulan jatuh ke riba.

Tersadung Duka
(Karya kreatif syawal 2000)

Bunga raya warnanya merah,
Gugur selerak di atas batu,
Ingatkan langit selamanya cerah,
Rupanya awan berarak kelabu.

Memburu rusa di dalam hutan,
Mengikut arus menyusur denai,
Memandang pelangi selepas hujan
Hendak mengambil tangan tak sampai.

Anak pelanduk melintas jalan ,
Lalu di tangkap anak Pak Saleh,
Sekuntum mawar di tapak tangan,
Sayang sungguh genggam tak boleh.

Anak itik pulang petang,
Berderet-deret atas permatang,
Melihat bulan di pagar bintang,
Hati sayu terkenang-kenang.

Belayar malam terasa riang,
Bayu berpuput seluruh badan,
Bila malam berganti siang,
Tinggallah pungguk di atas dahan.
Raja Sehari
Karya kreatif awal tahun 2000)

Awan mendung di pagi hari,
Turun gerimis di kala senja,
Duduk bertimpuh raja sehari,
Bagai pinang di belah dua.

Anak punai terbang tinggi,
Lalu hinggap di pohon berangan,
Kompang menyambut raja sehari,
Jalan seiring berpegangan tangan

Bunga mawar tangkai berduri
Bunga melur baunya harum
Duduk bersantap raja sehari
Mata melirik bibir tersenyum

Kapal belayar ke Kuala Deli
Singgah berlabuh di pulau Ara
Bersumpah setia raja sehari
Hidup mati bersama-sama

Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pohon kelapa
Ceria wajah raja sehari
Tersenyum puas ayah dan bonda





Pantun Nasihat

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada



Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa



Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti



Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

KOLEKSI PANTUN BUDI

Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun;
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Anak dara berkain cukin,
Dari Daik bulan puasa;
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.

Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri;
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.

Apa diharap pada jerami,
Habis padi jerami dibuang;
Apa diharap kepada kami,
Muka buruk budi kurang.

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak berbaju kasa;
Apa guna memandang cantik,
Kalau tidak berbudi bahasa.

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Lebih manis hati budinya.


Ayam hutan terbang ke hutan,
Tali tersangkut pagar duri;
Adik bukan saudara bukan,
Hati tersangkut kerana budi.

Bagaimana kalau tak ikat,
Kait dengan duri-durinya;
Bagaimana aku tak ingat,
Orang baik hati budinya.

Bagaimana nak tanam selasih,
Tanamlah mari di rumpun keladi;
Bagaimana hati nak kasih,
Kasih bercampur denganlah budi.


Baju kebaya disulam kelimkan,
Dipakai mari dara berdandan;
Miskin kaya jangan bezakan,
Budi jadi satu ujian.

Banyak duri perkara duri,
Duri mana duri yang tajam;
Banyak budi perkara budi,
Budi yang mana dikenang orang?

Banyak saya menabur padi,
Padi habis dimakan merang;
Banyak saya menabur budi,
Budi tidak dikenang orang.


Bawa belayar pisang emas,
Masak sebiji di atas peti;
Boleh dibayar hutanglah emas,
Hutang budi dibawa mati.

Bintang di timur cuaca baik,
Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
Itulah budi dikenang orang.


Buah pedada dalam baldi,
Masak nasi hari petang;
Hidup kita biar berbudi,
Hingga mati dikenang orang.

Bukan saya mengejar kolek,
Saya mengejar papan tunda;
Bukan saya mengharap molek,
Saya mengharap budi bahasa.

Bulan puasa memetik kelapa,
Hendak menyambut Aidilfitri;
Budi kami tidak seberapa,
Kenangan diberi kekal abadi.

Bunga kalas dibubuh baja,
Dipetik oleh mem Serani;
Tidak terbalas budi kakanda,
Berapa jauh datang ke sini.

Bunga pandan jauh ke tengah,
Pulau Sari bercabang dua;
Buruk badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Burung jeladan singgah di huma,
Anak balam turun ke paya;
Budi laksana sinar purnama,
Manusia alam menumpang cahaya.

Burung pipit burung kedidi,
Hinggap di pokok di tepi sawah;
Jika hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah.

Burung serindit terbang melayang,
Terhenti hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Tapi memandang bahasa dan budi.

Dari Gersik ke Surabaya,
Beli terendak dari Bali;
Sungguh cantik lagi sebaya,
Budi tidak berjual beli.



Dari jauh bermalam datang,
Tetak sangkar pancung kemudi;
Darilah jauh kamilah datang,
Mendengar tuan baik budi.

Dari pauh permatang layang,
Singgah berapat papan kemudi;
Dari jauh abang datang,
Mengenang adik baik budi.

Daun terap di ataslah bukit,
Kapallah menyamun dualah batang;
Jadi kenangan bukanlah sedikit,
Darilah dulu sampai sekarang.

Dirikan pondok bertanam nanas,
Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
Saya niaga budi bahasa.

Encik Elok minum di kendi,
Kendi berisi minyak lenga;
Apa dipujuk abang berbudi,
Dalam berbudi banyak terkena.

Hanyut kayu dari bukit,
Dari gunung berkati-kati;
Segunung budi bukan sedikit,
Tidak tertanggung sampai ke mati.



Hari Ahad pergi ke panggung,
Melihat cerita Seri Andalas;
Hati rindu tidak tertanggung,
Budi tuan tidak terbalas.

Hari redup menyemai padi,
Wak Dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
Duduk salah berdiri canggung.

Hendak berbuah buahlah buluh,
Kaki dulang kuparas juga;
Hendak bertuah bertuahlah tubuh,
Budi orang kubalas juga.


Hendak memetik daun palas,
Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
Hanya untuk kenang-kenangan.

Inang-inang padi Pak Daik,
Padi tak sama rupa bunganya;
Sungguh kukenang budi yang baik,
Tidak kulupa selama-lamanya.

Jika tuan memanting gambus,
Gambus dipanting si burung pingai;
Bukan tuan memaksa bagus,
Kami memaksa budi perangai.


Jurumudi pegang kemudi,
Nyiur bakul peninjau kerang;
Bukan sebabnya tidak berbudi,
Jangan ketara kepada orang.

Kain batik sama sujinya,
Dalam sumbu tali belati;
Orang baik budi bahasanya,
Diingat juga sampai mati.

Kain berlipat dalam istana,
Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubit budi jadi kenangan.

Kain perai baju pun perai,
Letak mari atas peti;
Hancur badan tulang berkecai,
Budi adik dibawa mati.

Kain songket berkodi-kodi,
Tersusun indah di atas peti;
Biarpun sedikit bernama budi,
Guna menempah jasa bakti.

Kait kelapa kukur kelapa,
Kupas ubi buat pengat;
Hendak kulupa tak terlupa,
Kerana budi sudah terpahat.



Kalau abang pergi ke Daik,
Ikan gelama masak kelapa;
Kalau abang berhati baik,
Sampai bila adik tak lupa.

Kalau ada menanam tebu,
Boleh dijual di pasar desa;
Kalau kita jadi tetamu,
Biar pandai berbudi bahasa.

Kalau ada peria pahit,
Belanga baru jerang udang;
Kalau ada budi baik,
Jadi abu dikenang orang.

Kalau hendak memikat kedidi,
Anak beruk mari dikandang;
Kalau ikhlas hendak berbudi,
Helah jangan ke lain menyimpang.

Kalau tuan bawa kemudi,
Kemudi dibawa di tepi pantai;
Kalau kenang kurang budi,
Sirih layu lekat di tangkai.

Kalau tuan bawa perahu,
Muatan isi buah berangan;
Hendak berbudi biar selalu,
Supaya boleh buat kenangan.



Kalau udang dibuat gulai,
Daging rusa dimasak kari;
Kalau wang jadi pemakai,
Budi bahasa pengiring diri.

Kalaulah pergi ke pekan Nyalas,
Masuk ke balai membeli gelang;
Kalau budi minta dibalas,
Itulah budi tidak dikenang.

Kapal belayar sarat muatan,
Nelayan di laut sedang memukat;
Biar jauh seberang lautan,
Kerana budi terasa dekat.

Kecil-kecil tuanya lidi,
Hendak berkayuh pasir seberang;
Kecil-kecil pandai berbudi,
Hendak sekupang tiada di tangan.

Kemas rumah di waktu senja,
Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
Budi bahasa sukar dicari.

Lagi berbuah lagi berduri,
Itulah nama asam paya;
Lagi bertuah lagi berbudi,
Itulah nama orang kaya.



Layang-layang terbang melayang,
Putus tali sambung benang;
Siang malam rbayang-bayang,
Budi bahasa terkenang-kenang.

Limau manis batang berduri,
Batang selasih dalam dulang;
Mulut manis kerana budi,
Hati kasih kerana sayang.

Limbai-limbai naik ke lampau,
Anak raja datang bersembah;
Kalau sudah budi terlampau,
Bukannya kurang makin bertambah.

Manis sungguh buah kelubi,
Mari dibungkus dengan kertas;
Pandai sungguh puan berbudi,
Garam tak masin lada pun tak pedas.

Marilah kita menanam padi,
Padi ditanam di dalam bendang;
Marilah kita menabur budi,
Supaya kita dikenang orang.

Masak udang dalam perahu,
Ubi rebus terletak di padang;
Zaman sekarang kalau nak tahu,
Budi hangus menjadi arang.



Menangkap buaya orang Jambi,
Buaya ditangkap di pintu kuala;
Sudahlah kaya pandai berbudi,
Bagailah mana hati tak gila.

Mudik berenang hilir berenang,
Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
Tuanlah pandai mengambil hati.

Nanas dijual di pasar niaga,
Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia,
Budi bahasa perhiasan diri.

Ombak di laut meniti buih,
Ombak datang dari seberang;
Antara budi dengan kasih,
Mana satu dikenang orang?

Orang Acheh menanam padi,
Padi tumbuh nampak jarang;
Antara kasih dengan budi,
Budi juga dikenang orang.

Orang Daik memasak periuk,
Bawa pergi tanah seberang;
Budi baik kelaku elok,
Ke mana jatuh disayang orang.



Orang Daik pulang ke Daik,
Ambung-ambung bertali benang;
Kalau ada budi baik,
Sampai mati boleh dikenang.

Orang hulu menebang jati,
Orang darat menetak palas;
Kalau nak tahu budi sejati,
Tidak berhajat minta dibalas.

Pacak lokan panggang lokan,
Lokan tersangkut di papan kemudi;
Kakak bukan saudara bukan,
Tersangkut sedikit kerana budi.

Padi perak berdaun suasa,
Buahnya mengurai emas merah;
Sudah berbudi lagi berbahasa,
Itulah tanda bistari bertuah.

Pagi-pagi menanam selasih,
Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
Kerana tuan baik budi.

Pasang air Tanjung Simasta,
Pasang tidak bertenang lagi;
Budi tuan lekat di mata,
Makan tidak kenyang lagi.



Pasang kelambu tepi jendela,
Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
Saya memilih yang baik budi.

Penat sudah saya kemudi,
Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
Tidak juga dapat baik.

Pilih-pilih buah kedondong,
Cari yang manis tiada bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
Yang hitam manis baik budinya.

Pipit ampat dibilang anam,
Terbang tinggi meninggalkan sarang;
Sakit diubat mati ditanam,
Itulah budi kenangan orang.

Pisang emas bawa belayar,
Diletak budak di atas peti;
Hutang emas dapat dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pok-pok bunga di kendi,
Dalam kendi berkaca bunga;
Ikut turut mengenal budi,
Dalam budi saya terkena.



Pokok keladi di tepi paya,
Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
Sama mencurah garam ke laut.

Pokok pauh tepi permatang,
Pokok pandan di birai perigi;
Dari jauh hamba nan datang,
Mendengar tuan yang baik budi.

Puas sudah menanam ubi,
Nanas datang dari seberang;
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

Pucuk belinjau si daun seranti,
Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
Kekasih tidak mengenang budi.

Pucuk manis pucuk langgudi,
Daun purut digetus rusa;
Yang manis bernama budi,
Yang indah itu bahasa.

Pucuk palas si daun palas,
Tetak mari beranti-ranti;
Bukan berbudi minta balas,
Asal ingat dalam hati.



Pulau Daik banyak kelapa,
Pulau Karimon banyak pegaga;
Budi baik payah dilupa,
Beribu tahun dikenang juga.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang dua;
Hancurlah badan dikandung tanah,
Budilah baik dikenang juga.

Pulau Pisang Pulau Pauh,
Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
Kerana hendak membalas budi.

Rumah buruk serambi tak baik,
Serai seulas di dalam dulang;
Rupa buruk budi pun tak baik,
Apa guna kepada orang.

Sapu tangan bersiring hijau,
Oleh membeli kedai Yahudi;
Luka di tangan kerana pisau,
Luka di hati kerana budi.

Sapu tangan jatuh ke laut,
Jatuh ke laut dengan alasnya;
Amboi berat budi disambut,
Sambut dengan tiada balasnya.



Sayang muara tidak berbukit,
Banyak bukit di Batu Karang;
Budimu tuan bukan sedikit,
Dari dahulu sampai sekarang.

Sayang Pak Uda menahan racik,
Umpannya kelkatu dalam pinggan;
Kalau ada budi yang baik,
Menjadi abu orang kenangkan.

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
Takut kecundang kasih berpaut.

Semenjak kentang dibuat gulai,
Ubi tidak dikari lagi;
Semenjak wang jadi pemakai,
Budi jarang dipeduli lagi.

Sudah reka baru dikarang,
Ikan di laut ibarat bakorang;
Dari dahulu sampai sekarang,
Budi tuan diingatkan orang.

Sungguh indah Tanjung Lumpur,
Tempat lalu kapal dagang;
Hati gundah rasa terhibur,
Budi yang baik punca kenang.



Tabir-tabir kayu dilintang,
Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
Syukur mendapat orang berbudi.

Tanam ubi digali ubi,
Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
Budi yang mana yang tuan suka?

Tebang kayu buatkan sampan,
Sampan dibuat siap kemudi;
Ikan mati kerana umpan,
Manusia mati kerana budi.

Tebing Tinggi kampung ternama,
Nampak dari Kuala Segamat;
Bila teringat budi yang lama,
Berubah hati berdebar semangat.

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek hanyut ke tanjung;
Budi terkenang mulut tersebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit manakan hilang,
Itu nama kenang-kenangan.



Tuk Batin mengait kelapa,
Hendak dijual bulan puasa;
Tuan miskin tidak mengapa,
Asalkan pandai berbudi bahasa.

Ubi kentang perkara ubi,
Ubi setela dalam dulang;
Budi banyak perkara budi,
Budi yang mana disuka orang?
**********

    Kalau padi katakan padi
    Jangan saya tertampi-tampi,
    Kalau jadi katakan jadi
    Jangan saya ternanti-nanti.
    (Hamilton)

    Kalau subang sama subang
    Kalau sanggul sama sanggul,
    Kalau hilang sama hilang
    Kalau timbul sama timbul.
    (Hikayat Awang Sulung Merah Muda)
*********

Pinggan tak retak nasi tak dingin
Engkau tak hendak aku tak ingin
**********

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah

Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Tuan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan puan

Asam kandis mari diiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kalau ku tahu paria pahit
Tidak ku gulai dalam belanga
Kalau ku tahu bercinta sakit
Tidak ku mulai dari semula

Akar bambu bersesap-sesap
Anaklah kucing dalam perahu
Terbakar rumah menjadi asap
Terbakar hati orang tak tahu

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut karena budi

Ayam rintik dipinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga


Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sembarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sembarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di halaman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan

Tumbuh betik di tepi halaman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum



Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mau bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu

Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya

Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya

Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang

Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya



Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih

Apa guna berkain batik
Kalaulah tidak dengan kainnya
Apalah guna beristri cantik
Kalaulah tidak jujur hatinya

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman puan

Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa puan

Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang



Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang

Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku adek tak tahu
Mulut tertawa hati menangis

Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati

Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata jangan dibuang

Kalau roboh kota Belawan
Sayang selasih di dalam tuan
Kalau sungguh ingin diucapkan
Rasa nak mati dipangkuan puan



Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa obatnya

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan ditengah hari

Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau

Anak ikan dipanggang saja
Hendak dipindang tiada berkunyit
Anak orang dipandang saja
hendak dipinang tiada berduit

Saya tak hendak berlesung pauh
Lesung pauh membuang padi
Saya tak hendak bersahabat jauh
Sahabat jauh merisau hati



Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya

Puas saya bertanam ubi
Nanas juga dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang

Tenang-tenang air di laut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Rindu kini tiada penghujung

Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Karena Puan saya kemari

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi

Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak



Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Ayam rintik dipinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Anak beruk ditepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi

Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan, pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari



Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Puan disana, saya disini
Bagai pungguk rindukan bulan

Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang

Hendak gugur, gugurlah nangka
Jangan menimpa putiknya pauh
Hendak tidur, tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh

Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa artinya kasih dan sayang
Kalaulah adek berjanji palsu

Pantai kalangan pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri

Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kakanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan



Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Adek pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu

Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Puan jauh di negri satu
Hilang di mata, di hati jangan

Anak kecil bermain di tepian,
            Tempat si rusa berkejaran juga;
Kasih ibu bermati-matian,
            Sanggup berkorban jiwa dan raga,

 Bunga melur bunga siantan,
            Elok di simpan di dalam peti;
Cinta dan sayang bukan mainan,
            Harap dibawa hingga ke mati.

 Ayu Cik Limah berkain batik,
            Mata yang memandang tidaklah jemu;
Hati terkenang budi yang cantik,
            Moga terbalas bila bertemu.


Terbang tinggi si rama-rama,
            Singgah sebentar di batang cempaka;
Rupamu menawan bak bulan purnama,
            Menjadi penawar dikala duka.


Pohon mempelam sudah berbuah,
            Pohon kelapa bila lagi;
Sudah dapat si gading bertuah,
            Tanduk sudah tak berguna lagi.

  Terbang tinggi si layang-layang,
            Tersangkut di dahan tangan tak sampai;
Hati terkenang wajah terbayang,
            Apakan daya hasrat tak sampai.

Kain batik tempat mengalas,
            Juga sebagai kain basahan;
Harta dan rupa hanya sekilas,
            Amal yang baik tetap bertahan.

 Peti emas simpannya benang,
            Buat menjahit kain lebihan;
Jiwa merana hati tak tenang,
            Mengenang nasib jadi taruhan.

Burung tiung hinggap di perdu,
            Hinggap menunggu hujan berhenti;
Kalau rindu katakan rindu,
            Tidaklah hamba ternanti-nanti.








PANTUN JENAKA

Aku suka berumah tinggi,
Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
Anak besar senang disuruh.

Ambil parang cuba dikerat,
Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
Mulut ternganga dihurung lalat.

Ikan gabus di rawa-rawa
Ikan belut nyangkut di jaring
Perutku sakit menahan tawa
Gigi palsu loncat ke piring

    Dimana kuang hendak bertelur
    Diatas lata dirongga batu
    Dimana tuan hendak tidur
    Diatas dada dirongga susu

Elok berjalan kota tua
Kiri kanan berbatang sepat
Elok berbini orang tua
Perut kenyang ajaran dapat

    Anak ayam turun ke bumi
    Induk ayam naik kelangit
    Anak ayam nyari kelangit
    Induk ayam nyungsep ke bumi

Limau purut di tepi rawa,
buah dilanting belum masak
Sakit perut sebab tertawa,
melihat kucing duduk berbedak

    Jalan-jalan ke rawa-rawa
    Jika capai duduk di pohon palm
    Geli hati menahan tawa
    Melihat katak memakai helm

Sakit kaki ditikam jeruju
Jeruju ada didalam paya
Sakit hati memandang susu
Susu ada dalam kebaya

    Disana gunung, disini gunung,
    Ditengah-tengah bunga melati
    Saya bingung kamu pun bingung
    Kenapa ada bunga melati ???!?

Naik kebukit membeli lada
Lada sebiji dibelah tujuh
Apanya sakit berbini janda
Anak tiri boleh disuruh

    Orang Sasak pergi ke Bali
Membawa pelita semuanya
Berbisik pekak dengan tuli
Tertawa si buta melihatnya

Orang Sasak pergi ke Bali
Membawa pelita semuanya
Berbisik pekak dengan tuli
Tertawa si buta melihatnya
Ada apa diseberang itu
Mentimun busuk dimakan kalong
Ada apa diseberang itu
Bujang bungkuk gadis belong

    Sakit kaki ditikam jeruju
    Jeruju ada didalam paya
    Sakit hati memandang susu
    Susu ada dalam kebaya

    Jangan takut
    Jangan kawatir
    Itu kentut
    Bukan petir

Jalan-jalan ke Kota Arab
Jangan lupa membeli kitab
Cewek sekarang tidak bisa diharap
Bodi bohai betis berkurap

Elok berjalan kota tua
Kiri kanan berbatang sepat
Elok berbini orang tua
Perut kenyang ajaran dapat

    Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi

    Anak Hindu beli petola
    Beli pangkur dua-dua
    Mendengar kucing berbiola
    Duduk termenung tikus tua
Jalan-Jalan ke Kota Sumedang..
Ada Kambing Makan Rumput..
Anak-anak pada Senang ..
Melihat banci Bergoyang Dangdut..

Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

    Biduk buluh bermuat tulang
    Anak Siam pulang berbaris
    Duduk mengeluh panglima helang
    Melihat ayam bercengkang keris 

Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab

    Pohon manggis di tepi rawa
    Tempat datuk tidur beradu
    Sedang menangis nenek tertawa
    Melihat datuk bermain gundu

    Jikalau lengang dalam negeri
    Marilah kita pergi ke kota
    Hairan tercengang kucing berdiri
    Melihat tikus naik kereta

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati
    Ketika perang di negeri Jerman
    Ramai askarnya mati mengamuk
    Rangup gunung dikunyah kuman
    Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris

    Berderak-derak sangkutan dacing
    Bagaikan putus diimpit lumpang
    Bergerak-gerak kumis kucing
    Melihat tikus bawa senapang

Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri

    Tanam pinang di atas kubur
    Tanam bayam jauh ke tepi
    Walaupun musang sedang tidur
    Mengira ayam di dalam mimpi

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata

    Orang menganyam sambil duduk
    Kalau sudah bawa ke balai
    Melihat ayam memakai tanduk
    Datang musang meminta damai
Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau

    Di kedai Yahya berjual surat
    Di kedai kami berjual sisir
    Sang buaya melompat ke darat
    Melihat kambing terjun ke air

Pantun Sindir Menyindir
Tanam padi dalam hutan
Sudah ditanam ditunggui
Kesal hati ayam jantan
Padi terjemur ditunggui

Kerukut kampung serani
Ambil tangga buat titian
Hati takut jadi berani
Melihat janda bagai perawan

Elok – elok menunggang kuda
Tebing bertarah tanahnya licin
Elok – elok berbini muda
Nasi hangus gulainya masin

Pagi hari memasak bubur
Takut masam ditambah gula
Laki bini tidak bertegur
Mulut diam tangan meraba


Ank buntal terkapai – kapai
Dibawa pasang hanyut kelaut
Awak bebal memandai – mandai
Ditanya orang terkentut – kentut

Karena jaring ditahan ungka
Banyak siamang tak dapat rezeki
Karena bersaing dengan yang ta
Banyaklah bujang tak dapat bini

Sejak belatuk pergi kawin
Siang malam bayan meradang
Sejak beruk jadi pemimpin
Halal haram dimakan orang

Jalan – jalan kekampung dalam
Singgah menyinggah dipagar orang
Pura – pura mencari ayam
Ekor mata ke anak orang

Pantun Mengolok – Ngolok Badan
Hilir berderap mudik berderap
Patah galah haluan perahu
Bini berkurap laki berkurap
Penat tangan kaki menggaru

Elok rupanya pohon belimbing
Tumbuh didekat limau tungga
Elok berbini orang sumbing
Biar marah tertawa juga


Kalau mulut tidak bergigi
Usah lagi membeli petai
Kalau kentut dimuka kadhi
Nikah tak jadi, saksi – saksi terkulai

Anak tikus merayap dinding
Dikejar musang terlonjak – lonjak
Awak kurus cakap melinting
Ditampar orang terberak – berak

Pantun Kepandiran dan Kegagapan Diri
Anak kecil diluru tupai
Lumpuh kaki jalang merangkak
Awak degil mengaku lebai
Disuruh mengaji nafaspun sesak

Anak cercap jatuh kekali
Dibawa arus mati terbuntang
Awak gagap disuruh mengaji
Membaca sebaris haripun petang

Anak lumbu duduk menangis
Ditendang kambing campak kelumpur
Awak bisu duduk dimajelis
Orang berunding awak mendengkur

Anak tempua baru keluar
Disengat lebah meracau – racau
Awak lah tua nafsu berkobar
Melihat betina tergagau – gagau


Bagaimana lutung takkan berang
Hendak kehilir ditahan kera
Bagaiman hidung takkan kembang
Awak pandir dijadikan ketua

Bagaimana lutung takkan berang
Anak ditinggal jatuh berdebin
Bagaimana hidung takkan kembang
Awak bebal menjadi pemimpin

Pantun Kelakar Terhadap Istri

Ada untungnya membeli badik
Dipegang saja orang lah takut
Ada untungnya berbini cantik
Dipandang saja kenyanglah perut

Ada malangnya membeli badik
Bila majal manfaatnya kurang
Ada malangnya berbini cantik
Bila ditinggal dipanjat orang

Ada untungnya membeli lada
Dibuat sambal memanglah lezat
Ada untungnya berbini muda
Dibuat bantal hilanglah penat

Bagaiman lutung takkan berang
Babi mengejek kera mencerca
Bagaiman hidung takkan kembang
Bini cantik mertuapun kaya

Bagaimana lutung takkan berang
Kera memijak babi menginjak
Bagaimana hidung takkan kembang
Harta banyak binipun banyak

Bagaiman lutung takkan berang
Anak beruk mencuri manggis
Bagaimana hidung takkan kembanga
Awaklah bungkuk berbini muda

Bagaimana lutung takkan berang
Lebah menderu babi meluru
Bagaimana hidung takkan kembang
Rumah baru binipun baru



2 komentar:

  1. Hebat pantun ini, beri ilham dan inspirasi, terimakasih daun keladi, ada rezeki berjumpa lagi

    BalasHapus
  2. Online Casino (GSL) in South Africa | Play Now at Kadangpintar
    Online Casino South Africa - Play Now deccasino at Kadangpintar. kadangpintar This page contains reviews and ratings of casino games available in South Africa and 바카라 its

    BalasHapus